Nasi Ayam Ori Kelantan Style

Ramuan / Bahan

Seekor ayam, dibersihkan dan dipotong 8
Beras 3-4 cawan
Selabu bawang putih, ditumbuk halus
8 tangkai cili merah, dibuang biji (boleh masukkan biji kalau mahu pedas)
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, jika mahu Daun salad
4 biji tomato
1 batang timun
Kicap pekat
Bawang goreng
Daun bawang, dipotong halus
Gula sedikit

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk.
Simpan air rebusan.
Ayam tadi diperap dgn bawang putih dan kicap pekat. Ketepikan.

Cuci beras bersih-bersih.
Air rebusan ayam tadi dibahagi dua dan satu bahagian dimasukkan ke dalam nasi untuk ditanak.
Tambah dengan air biasa agar nasi masak sekata.
Tambah setitik dua pewarna kuning kalau mahu.

Blend cili dgn 2 biji tomato. Masukkan garam secukup rasa dan gula sedikit.
Tambah sedikit air rebusan ayam, 3-4 sudu makan agar bertambah sedap.
Ketepikan.

Air rebusan ayam yang tinggal bolehlah dibuat sup dengan ditambah daun bawang, bawang goreng dan garam secukup rasa.

Ayam yang diperap tadi bolehlah digoreng secara deep fried. Berhati-hati kerana ayam yang direbus menyimpan banyak air.
Lebihan kicap yang diperap ayam itu bolehlah dibuat sos kicap begitu sahaja.