Nasi Ayam Mawi

Ramuan / Bahan

Nasi:
Beras
planta
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia (untuk nasi dan ayam)
Serai
sedikit air
susu cair F&N (untuk rebusan ayam)

Ayam:-
Sekor ayam
Kicap manis
tepung kastud
Sup:
Buat sup ayam seperti biasa.

Sambal:-
cili padi
cili merah
Bawang putih
tomato yang di potong halus
sos cili
Air asam jawa
garam
gula

Cara-cara

Nasi:-
Tumiskan bawang putih,merah,halia dan serai bersama planta yang telah panas.Setelah kekuningan dan naik bau,masukan nasi gaul sebentar dan masukan susu rebusan ayam.Tambahkan sedikit air jika susu tidak sekata dengan beras.

Ayam:-
Rebus ayam yang telah dipotong bersama susu cair F&N dan halia untuk seketika.Setelah di rebus,toskan ayam dan perap bersama tepung kastud dan kicap manis.Goreng sehingga masak.

Sambal:-
Tumbuk cili padi dan cili merah,setelah lumat,masukan kedalam mangkuk bersama sos cili,Air asam jawa,tomato yang telah di potong halus,garam dan gula.