Nasi Ayam Madu

Ramuan / Bahan

4 cawan beras
1 ekor ayam (dipotong 6)
2 paket sup bunjut
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
3 liter air
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah kuning, masukkan air, sup bunjut dan ayam. Tambahkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga ayam empuk.
Setelah masak, keluarkan ayam dan perap bersama madu dan kicap manis. Sebahagian dari sup tadi dicampurkan bersama beras yang telah dibersihkan lalu dimasak seperti biasa.
Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.