Nasi Ayam Dalam Buluh

Ramuan / Bahan

1 mangkuk besar nasi putih
½ ekor daging ayam
sehelai daun kunyit(diikat simpul)
1 batang buluh bersaiz besar Bahan A
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
3 sm halia
3 sm lengkuas
1 sm kunyit hidup

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil

2. Bahan A ditumbuk dan gaulkan bersama ayam, nasi dan daun kunyit. Perasakan dengan garam.

3. Masukkan ke dalam buluh dan bakar hingga masak