Nasi Ayam Complete

Ramuan / Bahan

Bahan utk Nasi:-

3 pot beras @ mengikut sukatan sendiri
1 btg serai (diketuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 senduk majerin utk menumis
2 ulas bawang putih di tumbuk bersama
halia sebesar ibu jri dewasa

Bahan utk Sos Cili:-

4 biji cili mereh
2 ulas bawang putih
1 senduk bulat air rebusan
secubit garam dan gula

Bahan utk Sos Kicap:-

1 senduk bulat air rebusan
1 sudu kecil minyak bijan
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin Bahan utk Sup & Ayam:-

1 ekor ayam ( dipotong 4 bahagian)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh saiz periuk anda

Bahan A:=
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
haliz sebesar ibu jari dewasa
(dikisar kesemuanya)

Bahan B:-
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
( dicampurkan kesemuanya)

Cara-cara

Cara membuat Sup & Ayam:-

1. Tumis bahan A sehingga naik baunya. kemudian masukkan air mengikut separuh saiz periuk anda.
2. Masukkan kiub pati ayam apabila hampir mendidih masukkan ayam dan rebuslah selama 1/2 jam.
3.Selepas itu angkat dan toskan ayam. Air selebihnya jgn di buang. Gaulkan bahan B pada ayam tadi gaul sehingga sebati dan perapkan selama 2 jam. Kemudian goreng dengan api yg perlahan supaya tidak hangus.
4. Lebihan air resbusan tadi di buat sup. Tambahkan sedikit air. Masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Masaklah sehingga masak. Kalau suka semasa menghidangkannya taburkan bawang goreng dan daun bawang.

Cara membuat Nasi:-

1. Basuh beras dan toskan, Kemudian masukkan beras ke dalam periuk biasa atau periuk elektrik. Masukkan juga daun pandan dan serai. Biarkan seketika.
2. Panaskan kuali masukkan mentega. Apabila mentega cair masukkan bahan yg di tumbuk tadi, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya.
3. Padamkan api masukkan kedalam periuk elektrik dan air rebusan mengikut sukatan beras anda. Masaklah nasi seperti biasa.

Cara membuat Sos Cili:-
Kisar cili merah dan bawang putih bersama garam, gula, dan air rebusan. Sedia dihidang.

Cara membuat Sos Kicap:-
Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga rata. Kemudian sedia dihidang.