Nasi Ayam Chinese Style

Ramuan / Bahan

Bahan A (Utk merebus Ayam)
--------
Ayam seekor
Halia 1 ½ inci
Bawang merah 1 ulas sederhana besar
Bawang putih 2 ulas
Sup bunjut Tulang Adabi 1pkt(ambil bunjutnya sahaja

Bahan C (Utk Sos Cili)
--------
Cili Merah 5 biji
Cili kering 3 biji
Sebiji tomato
Bawang merah 1 ulas
Bawang putih 3 ulas
Air asam jawa pekat 3 -4 sudu makan biar dia masam sikit.
Gula ikut rasa lagi manis lagi bagus. Bahan B (Utk memasak nasi)
--------
Beras 4 tin susu
1 kiub pati ayam Knoss
Mentega 2 sudu makan
Didalam sup bunjut tadi ada bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga.(ambil rempah ratusnya saja)
Air kena ikut berapa banyak beras.
Bawang merah 1 ulas sederhana besar
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
daun sup dan daun bawang untuk di taburkan di atas nasi nanti.
Lemak ayam 200 gram
Daun pandan.
Bahan D (utk peram ayam dan goreng)
--------
Kicap pekat manis 3 sudu makan
Madu 4 sudu makan (2 sudu utk peram & 2 sudu utk guna selepas goreng ayam)
Garan sedikit
gula sedikit
Minyak bijan 3 sudu makan.

Bahan E (Utk sup)
--------
Kiub ayam
daun su dan daun bawang
Perencah Sup Adabi 1 pkt
Perencah Kurma Adabi ½ pkt
Tulang Ayam sedikit saja.
garam
Air guna air lebih dari rebus ayam.
minyak untuk menumis
Bawang merah 1 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia ½ inci

Cara-cara

1) Bahan A hendaklah dimasak setelah semua bahan itu dihiris halus kecuali ayam biarkan dia seekor.
2) Bahan B hendaklah ditumiskan semua bahan tadi kemudian masakkan nasi di dala periuk nasi elektrik.
3) Bahan C hendaklah di blender sehingga halus kemudian terus masak tanpa minyak tunggu hingga sos mendidih dan pekat baru angkat disejukkan.
4) Bahan D kacau semua bahan itu kemudian sapukan pada ayam peram dalam 1/2 jam kemudian goreng ayam yang sudah direbus dan diperam dlm api yang panas cukup selama 5-10 minit kemudian terus sapu madu yang 2 sudu lagi tu.biarkan ia sejuk. kalau boleh gantungkan ayam itu.
5) Bahan E bahan itu semua dimasakkan dengan perencah yang ditumiskan dan tambahkan air lagi kalau nak sup banyak.