Nasi Ayam Bohlal

Ramuan / Bahan

Nasi (Utk 5 hidangan)
Beras 7 pot
Stok ayam(air rebusan ayam)sama banyak dengan sukatan beras
Bawang besar(sedarhan besar) 4 biji,Bawang putih 10 ulas,Halia 3cm(setengah dari ketiga-tiga bahan ini dimayang halus-halus,dan setengah lagi di kisarkan)
Kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
Planta 3 sudu
Minyak masak untuk tumisan
Kiub pati ayam
Garam dan ajinomoto sebagai perasa.

Sambal
8 tangkai cili besar(merah)
2 biji limau nipis
2 biji tomato sederhana besar
cuka dan sedikit sos cili aminah hasan
gula dan garam sebagai perasa Sup
Stok ayam 1 liter
Bawang besar(sedarhan besar) 1 biji,Bawang putih 4 ulas,Halia 1cm (di kisarkan)
Kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
Kiub pati ayam
Garam dan ajinomoto sebagai perasa.
Sedikit daun sup,daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

Ayam goreng bermadu
Seekor ayam bersih di potong 4
Bawang besar(sedarhan besar) 1 biji,Bawang putih 4 ulas,Halia 1cm (di kisar)
4 sudu madu
Garam secukup rasa

Cara-cara

Utk masakan nasi
Panaskan minyak masak dan planta,Tumiskan bawang besar,bawang putih,dah halia yg dimayang bersama-sama dengan kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga sehingga kekuningan,masukan pula bahan yang di kisar,tumis sehingga naik bau.Masukan stok ayam(air rebusan ayam)sama banyak dengan sukatan beras,bubuh kiub pati ayam,sedikit garam dan ajinomoto.Masukkan beras dan biarkan sehingga nasi kering dan perlahankan api.(boleh juga menggunakan rice cooker)

Sup
Panaskan stok ayam,tambahkam 1/2 liter air,bubuh bahan yg di kisar serta kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga,kiub pati ayam.Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa.Panaskan sehingga mendidih.Hidangankan sup dengan sedikit daun sup,daun bawang dan bawang goreng.

Ayam goreng bermadu
Lumurkan ayam dengan bahan yg di kisar beserta garam secukup rasa,sapukan madu di permukaan ayam dan perap selama 1 jam.kemudia gorengkan sehingga masak.

Sambal
Kisarkan cili bersama tomato,tambahkan gula dan garam secukup rasa,perahkan limau,tambah sedikit cuka dan sos cili,kisar sehingga hancur.