Nasi Arab Istimewa

Ramuan / Bahan

1kg beras basmathi
1 paket perencah briyani maggie
½ ekor ayam (dipotong kecil)
1 labu bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih ½ cawan susu cair
2 sb sos tomato
minyak sapi utk menumis
kismis
air secukupnya utk memasak nasi
Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih

Cara-cara

1. Perapkan ayam dgn perencah briyani maggie (2-3 jam)
2. Kisar bawang besar, halia dan b.putih
3. Tumis b.lawang, buah pelaga, kulit kayu manis & bunga cengkih dgn minyak sapi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi. Tambahkan garam secukup rasa. Apabila separuh masak, tutupkan api.
5. Sementara itu, bersihkan beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk, gaulkan beras dgn sos tomato & masukkan susu cair.
6. Masukkan pula ayam yg telah dimasak tadi, dan masukkan air secukupnya.
7. Tanak nasi sehingga masak.