Bubur Aneka Warna

Ramuan / Bahan

150 gm tepung pulut
300 ml santan cair
100 gm gula pasir
30 gm sagu biji
55 ml santan cair 1 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna ungu
1 sudu teh pewarna merah

Cara-cara

Uli tepung pulut bersama santan cair. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian hendaklah diwarnakan dengan satu warna. Gentel bulat-bulat dan kemudian rebus untuk jangka masa 3-4 minit. Kemudian angkat dan simpan dalam peti sejuk. Sementara itu, masak santan bersama daun pandan, gula dan sagu biji. Kemudian tunggu sehingga biji sagu menjadi jernih dan masukkan adunan tepung pulut yang telah direbus tadi.