Lontong

Ramuan / Bahan

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih

Cara-cara

Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.