Bubur Aneka Cendawan

Ramuan / Bahan

225 gm beras
1750 ml air
1 ekor ikan kembung (direbus)
6-10 biji lada hitam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar minyak 3 sm halia (dimayang)
150 gm cendawan butang
100 gm cendawan hitam
100 gm cendawan tiram
2 camca besar minyak bijan
2 camca santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara

Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang.