Lemang Nenda

Ramuan / Bahan

1 kg beras pulut
3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
Garam

Cara-cara

Basuh beras pulut dan tuskan airnya.

Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.

Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan dan jangan terlalu penuh.

Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.

Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.

Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.