Labu Berlauk

Ramuan / Bahan

1 biji labu kuning, anggaran 1.5 kg dikeluarkan isinya
2 camca besar minyak
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, ditumbuk halus
1 cawan daging ayam, didadu kecil
1 camca besar hirisan serai
2 camca besar hirisan bunga kantan
1 camca teh serbuk kunyit 1-2 camca besar cili giling
100 gm beras Basmathi, dibasuh dan disejat
2 biji tomato masak, dibuang kulit dan biji da didadu
350 ml air panas
1 ketul ayam
Garam secukupnya
40 gm gajus rangup, dipotong besar

Cara-cara

Potong bahagian atas labu untuk dijadikan penutup. Korek isi labu dan potong ia kecil-kecil. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging ayam. Kacau daging hingga kering airnya baru dimasukkan serai, bunga kantan, serbuk kunyit dan cili giling. Kacau hingga rata. Masukkan isi labu dan kacau lagi lima minit. Tuang sedikit air panas jika perlu. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180'c. Masukkan beras dan kacau seminit sebelum dimasukkan tomato, air, pati ayam dan garam. Apabila mendidih, perlahankan api dan biarkan 15 minit. Angkat dan masukkan gajus. Kacau rata. Masukkan nasi ke dalam labu yang telah dikeluarkan isinya. Tutup labu dengan bahagian tangkainya tadi. Letakkan labu di dalam tin bakar dan bakar 45 minit atau hingga labu empuk.