Biskut Badam Kisar

Ramuan / Bahan

300 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm badam yang dikisar 400 gm tepung gandum
ΒΌ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Kacau mentega dengan gula sampai putih. Masukkan esen vanila, garam dan badam. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga cukup lembutnya. Canai dan terap dengan acuan. Bakar hingga masak.