Beriani Kurma Daging

Ramuan / Bahan

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
¾ tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga

Cara-cara

Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.