Beriani Dua Sejoli

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak sapi
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar, dihiris
5 biji pelaga
5 cm kulit kayu manis
6 kuntum cengkih
½ camca teh serbuk kunyit
3 cawan beras Basmahti, dibasuh dan disejat 3 ½ cawan air panas
Garam secukupnya
1 cawan gajus
2 tangkai daun kari (15 helai)
3 biji cili hijau, dihiris dan dibuang bijinya
2 camca teh biji sawi
Serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang, pelaga, kulit kayu manis dan cengkih hingga bawang keperangan. Keluarkan separuh bawang goreng. Masukkan serbuk kunyit dan beras. Kacau hingga rata. Tuang air dan masukkan garam. Apabila air beras kering, kecilkan api dan tutup periuk. Biar hingga nasi masak. Panaskan baki minyak sapi dan minyak di dalam kuali. Goreng gajus hingga kuning. Angkat. Tumis daun kari, cili hijau dan biji sawi 2-3 minit lalu tuangkan pada nasi beriani. Kacau rata. Masukkan juga separuh bawang goreng tadi dan serbuk lada hitam.