Sirap Evergreen

Ramuan / Bahan

1 kg gula
1.5 liter air
1 botol esen pandan(Botol kecil)
1 botol esen banana(pisang)
1 botol pewarna hijau
1 botol minuman berkorbonat krim soda(1.5 liter)

Cara-cara

Masak gula bersama air hingga mendidih dan sejukkan.
Campurkan kesemua bahan dengan air gula tadi. Simpan sirap dalam peti sejuk, bila hendak minum campurkan 1 bahagian sirap evergreen dengan 3 bahagian air dan lebih sedap dicampur dengan ketulan ais.