Punch Dwirasa

Ramuan / Bahan

12 kuntum cengkih
1 biji limau oren
2 biji lemon
250 ml Coke/Pepsi 250 ml air
1 sudu teh serbuk pala
4 cm kulit kayu manis
50 gm gula pasir

Cara-cara

Cucuk cengkih pada limau oren. Bakar pada suhu 220C hingga keperangan. Ambil kulit nipis daripada sebiji lemon. Perah kedua-dua lemon. Ketepikan. Jerang kulit limau tadi bersama Coke/Pepsi, air, serbuk pala, kulit kayu manis dan gula di dalam periuk di atas api sederhana hingga ia mendidih. Sejat minuman itu di dalam jar. Kemudian masukkan perahan lemon tadi. Hiris oren bakar enam bahagian. Masukkan ke dalam gelas-gelas hidangan. Tuang airnya.