Moka Segar

Ramuan / Bahan

150 gm coklat masakan
250 ml krim segar
500 ml susu segar
2 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh serbuk kopi segera 4 sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung
100 ml air panas
½ sudu teh esen vanila

Cara-cara

Cairkan coklat masakan di dalam periuk tingkat (double boiler) berisi air mendidih. Jerang krim segar bersama susu segar di dalam periuk kecil di atas api perlahan hingga mendidih. Tuang separuh krim di dalam coklat masakan tadi. Kacau hingga sebati. Tuang bancuhan coklat ke dalam baki susu. Kacau hingga sebati. Kacau serbuk koko bersama kopi segera, gula pasir, tepung jagung dan air panas hingga ia larut. Kemudian tuangkan bancuhan koko di dalam bancuhan coklat tadi. Jerang di atas api perlahan hingga ia pekat sambil dikacau selalu. Angkat. Masukkan esen vanila. Putar moka di dalam pengadun elektrik hingga ia berbuih. Hidang ia panas-panas.