Classic Almond London

Ramuan / Bahan

1 biji telur kuning
2 sudu besar madu
2 sudu besar tepung susu
80 gram gula perang
250 gram mentega
1 sudu kecil esen vanila 50 gram cornflakes kisar
150 gram nestum halus
500 gram tepung gandum
Coklat masak bittersweet (jika ada)
Badam biji (saiz sederhana)
Badam cincang
Paper cup (mengikut citarasa)
Minyak jagung (2 sudu besar untuk setiap 500 gram coklat)

Cara-cara

1. Kembangkan gula, mentega dan telur
2. Masukkan esen vanila, tepung susu dan madu.
3. Adun bersama nestum dan cornflakes
4. Menggunakan tangan, masukkan tepung dan gaul hingga sebati
5. Kepal bersama badam biji sebaik siap digaul. (jgn dibiarkan lama)
6. Bakar selama 20min pada 180 C
7. Biarkan sejuk, simpan dlm bekas kedap udara.
8. Untuk celup, panaskan 'double boiling' dan masukkan minyak jagung.
9. Celup biskut, masukkan dlm paper cup dan tabur badam cincang.
10. Selamat Mencuba!!!!