Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Koktel Udang

Ramuan / Bahan

10 ekor udang segar
1 paket Tepung Gogi
Air
Ais ketul

Cara-cara

Udang dibuang kepala dan kulit tetapi ekor jangan dibuang. Toskan. Bancuh 5 sudu tepung Gogi dengan 3 sudu air. Masukkan 2 ketul ais dan kacau rata. Pastikan bancuhan tepung pekat. Jika cair, tambah tepung sedikit. Panaskan minyak. Celup udang dalam bancuhan tepung dan goreng dengan minyak panas. Angkat bila sudah kekuningan.