Isi Anggur Bersirap

Ramuan / Bahan

½ cawan tepung gandum (diayak)
1 biji telur
3 - 4 camca besar air
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng terendam ½ cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 cm kulit kayu manis
2 camca teh jintan manis
Beberapa titik pewarna merah

Cara-cara

Bancuh tepung, telur, air dan garam hingga sebati. Tapis bancuhan ke dalam mangkuk kecil. Panskan minyak di dalam kuali. Celup jari-jemari ke dalam bancuhan tepung dan percikkan ke dalam minyak panas tadi. Apabila tepung menggelembung, angkat dan sejat. Lakukan begini hingga abis adunan. Masukkan isi anggur dan hidangkan bersama sirap. Untuk menghasilkan sirap pula, masak semua Bahan-bahan Sirap. Sejukkan sebentar ke dalam jag dan dicampur air sejuk dan ketula air batu.