Double Choc Blend

Ramuan / Bahan

Susu segar Ducth Lady - 250 ml
Chocolate Powder - 50 gm
Chocolate Masakan - 10 bar kecil, dicincang
Ais kiub secukupnya

Cara-cara

Panaskan susu segar Dutch Lady sehingga mendidih. Kemudian, masukkan chocolate powder kedalam susu yang sedang mendidih itu. Kacau sebati. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicincang, dan matikan api. Kacau perlahan-lahan. Selepas itu, masukkan minuman panas tadi kedalam blender(pastikan blender tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti bau cili). Masukkan ais kiub secukupnya dan kisarkan sehingga halus.
Hidangkan.