Aiskrim Coklat

Ramuan / Bahan

42 gm coklat masak
2 cawan susu pekat (dipanaskan)
1 camca besar tepung jagung
½ cawan gula Secubit garam
1 ½ camca teh esen vanila
1 camca krim, untuk hiasan

Cara-cara

Dengan menggunakan double- boiler, cairkan coklat & tuangkan susu yang dipanaskan ke dalamnya. Campurkan tepung jagung bersama gula & garam. Gaulkan bersama coklat. Masak hingga pekat & biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk, masukkan esen vanila. Tuang adunan coklat ke dalam acuan & bekukan di dalam peti sejuk. Ketika menghidang bubuh krim di atas aiskrim.