Ais Krim Coklat Dengan Sos Vanila Pudina

Ramuan / Bahan

100 ml susu segar
50 gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila 3 helai daun pudina
200 gm ais krim perisa coklat

Cara-cara

Satukan susu segar dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga gula larut. Masukkan telur, esen vanila dan daun pudina. Letakkan mangkuk di atas air mendidih (double boiler) dan kacau hingga sos pekat. Masukkan ais krim di dalam pinggan atau mangkuk dan tuang sos di atasnya. Hias dengan buah-buahan koktel dan hidangkan segera.