Biskut Cornflakes Madu

Ramuan / Bahan

2 cawan cornflakes
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula 1 sudu besar marjerin
¼ cawan bijan - goreng tanpa minyak
½ cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulit

Cara-cara

Cairkan marjerin, madu dan gula. Kacau hingga mendidih. Biarkan sejuk sedikit.Kemudian tuangkan bahan yang dicairkan tadi ke dalam cornflakes sambil ditambah dengan bijan dan kacang tanah. Gaul hingga rata dan masukkan dalam paper cup. Bakar selama 7-10 minit.