Air Nanas

Ramuan / Bahan

1 biji nanas yang kecil
1 biji limau nipis
125 gm (4 camca besar penuh)gula pasir(untuk dibuat sirap)
125 ml (¼ pt) air panas mendidih(untuk dibuat sirap)
875 ml (1 ¾ pt) air sejuk daripada peti ais Ketul-ketul ais
Hirisan nanas atau kiub nanas(jika suka)
Daun pudina (jika suka)
1 biji ceri (jika suka)

Cara-cara

Sediakan sirap. Bubuh gula ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas mendidih ke dalamnya. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Kupas nanas dan potong sehiris untuk hiasan. Parut nanas dan perahkan airnya. Belah limau dan perah airnya dan campurkan dengan air nanas. Tapiskan air nanas dan sirap ke dalam jag. Tambahkan 875 ml (1 3/4 pt) air sejuk. Sejukkan minuman itu di dalam peti ais. Hidangkan minuman di atas dulang.