Air Nanas

Ramuan / Bahan

1 biji nanas yang kecil
1 biji limau nipis
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)
875 ml air sejuk
Ketul-ketul ais Hiasan:
Hirisan nanas / kiub nanas
daun pudina
1 biji ceri (jika suka)

Cara-cara

Sediakan sirap. Bubuh gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas mendidih ke dalamnya. kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Kupas nanas & potong sehiris untuk hiasan. Parut nanas & perahkan airnya. Belah limau & perah airnya & campurkan dengan air nanas. Tapiskan air nanas & sirap ke dalam jag.
Tambahkan 875 ml air sejuk. Sejukkan minuman itu di dalam peti ais. Hidangkan