Biskut Buah Pinggang

Ramuan / Bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan cornflakes
1 cawan biskut marie
1 cawan tepung kek
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum
½ cawan cornflakes (topping)
1 biji kuning telur
1 biji putih telur (topping)

Cara-cara

* Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
* Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
* Masukkan kesemua jenis tepung dan gaul hingga sebati.
* Canai dan terapkan dengan acuan bentuk lapan (8).
* Sapukan putih telur diatasnya dan taburkan cornflakes hancur.
* Kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit.