Air Kelapa

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa muda
125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:-
Air kelapa
375 ml air sejuk daripada peti ais
isi kelapa yang dikikis

Cara-cara

Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh. Bubuh isinys ke dalam jag. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan di atas dulang.