Air Kelapa

Ramuan / Bahan

2 biji kelapa muda
4 sudu teh gula
Sehiris limau Beberapa helai daun mint
Beberapa titik esen ros
Ketulan air batu

Cara-cara

Potong bahagian atas kelapa mudatadi untuk membuat lubang. Keluarkan airnya dan simpan dalam jug. Belah dua buah kelapa tadi untuk diambil isinya. Isi tersebut campurkan dengan air kelapa tadi.Masak gula dan air untuk menjadikan sirap. Campur beberapa titik esen ros. Sirap ini campurkan dengan air dan isi kelapa tadi. Apabila hendak dihidang, perah limau di atasnya dan campurkan juga beberapa ketul air batu serta hiaskan dengan beberapa helai daun mint.