Biskut Badam Dania

Ramuan / Bahan

185 gm mentega
1 camca teh esen vanila
¾ cawan gula halus
2 biji kuning telur 1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan badam kisar
1 cawan gula aising

Cara-cara

Putar mentega bersama esen vanila dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.

Masukkan tepung gandum dan sebahagian badam kisar. Gaul rata.

Bentukkan adunan menjadi lonjong dan bubuh sedikit badam kisar di atasnya. Bakar selama 12 minit pada suhu 185 darjah Celcius. Apabila masak, salut dengan gula aising. Sejukkan sebelum disimpan.