Air Bali Berlimau

Ramuan / Bahan

30 gm barli
500 ml air
¼ biji limau sederhana besar 30 gm gula
½ biji ceri- hiasan
1 tangkai daun pudina

Cara-cara

Basuh dan rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air. Apabila air mendidih, kecilkan api dan biarkan barli merenih hingga air kelihatan keruh. Perah limau dan buangkan bijinya ke dalam cawan. Tapis air barli ke dalam mangkuk yang berisi gula dan kacau. Biarkan ia sejuk. Apabila air barli itu telah sejuk, masukkan air limau yang diperah tadi. Sejukkan di dalam peti ais.Hidangkan sejuk atau suam dengan ceri dan daun pudina.