ABC Mangga

Ramuan / Bahan

200 gm mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim 100 gm kacang merah yang telah direbus
50 gm kismis atau sulatanas

Cara-cara

Masukkan isi mangga, susu skim dan air ke dalam pengisar dan putar hingga hancur. Sejukkan di dalam peti sejuk. Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah dan satu sudu kismis dalam setiap gelas (4 gelas). Tuangkan air mangga sama banyak ke dalam setiap gelas.