Soto Nusantara

Ramuan / Bahan

200 gm paru - dipotong kecil
200 gm perut lembu - dipotong kecil
200 gm babat - dipotong kecil
200 gm daging cincang - dipotong kecil
5 batang serai
5 helai daun limau purut
1 bungkus rempah sup punjut
10 ulas bawang merah - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar halus
4 cm halia - dikisar halus 20 tangkai cili padi
200 gm tauge
Beberapa tangkai daun ketumbar
2 biji limau nipis
1 jag air
Sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga)
Sedikit minyak
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Paru, perut, babat dan daging cincang direbus empuk. Setelah empuk asingkan isi daripada air rebusannya. Tumis bahan kisar dengan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut serta rempah sup bungkus. Masukkan pula bahan rebusan yang empuk dengan air. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama mihun ataupun nasi. Sebelum dihidangkan soto tadi, hiaskan dengan cili padi yang dihiris, daun ketumbar, tauge dan perahan air limau nipis. Boleh juga dimakan dengan telur rebus.