Pizza Mee

Ramuan / Bahan

3 keping mee kering
1 tin kecil sardin (di lenyek halus)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 lada merah (di hiris halus)
2 biji telur ayam (pukul hingga kembang)
1 tangkai daun sup ( di cincang halus)
Minyak masak untuk menggoreng
Garam

Cara-cara

Rendam kan mee kering dan biarkan sehingga lembut dan toskan. Campurkan mee, sardin yang telah di hancurkan, bawang besar, lada merah, daun sup dan juga telur ayam. Gaul sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Ambil satu senduk adunan mee dan gorengkan seperti membuat telur dadar. Biarkan mee sehingga kuning dan balik-balikkan. Angkat mee dan hidangkan.