Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Murtabak Maggie Blues

Ramuan / Bahan

1 bungkus Mi Maggie
1 paket perencah kari
2 biji telur
sedikit kobis (hiris halus)
sedikit daun sop (hiris halus)
sedikit marjerin

Cara-cara

1. Mi Maggie direbus hingga lembut dan toskan mi tersebut.

2. Pukul 2 biji telur hingga agak kembang dan masukkan perencah kari Mi Maggie.

3. Masukkan sayur kobis dan daun sop serta Mi Maggie yg telah ditoskan dan gaul rata.

4. Panaskan kuali bersama sedikit marjerin dan masukkan Mi Maggie (buat macam goreng telur dadar)

5. Goreng hingga masak