Mi Yee Kung Fu

Ramuan / Bahan

1 keping mi yee
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1 mangkuk stok daging 1 sudu besar sos tiram
1 tangkai sawi (dipotong)
Sedikit kobis (dipotong)
1 biji lobak merah (dipotong)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Garam, minyak masak & air secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan daging ayam, udang, sotong, sawi, lobak merah, sos tiram, garam & kobis. Kemudian masukkan air & masak hingga mendidih. Tuangkan bancuhan tepung jagung & dikacau hingga pekat. Angkat & hidangkan.