Mi Yee Itik & Sos Halia

Ramuan / Bahan

1 keping mi yee
200 gm daging itik (dipotong)
60 gm halia (dipotong)
30 gm sayur choy sam (dipotong)
20 gm lobak merah (dipotong) 2 ulas bawang putih (dicincang)
3 cawan stok ayam
3 sudu besar sos tiram
Sedikit tepung jagung + air
Minyak masak, garam & serbuk lada sulah

Cara-cara

Mi yee dicelur dalam air mendidih. Angkat & toskan. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan sedikit bawang putih & daging itik. Masukkan halia, sos tiram & stok ayam. Tambahkan bancuhan tepung jagung, garam & serbuk lada sulah. Masak hingga daging itik lembut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak masak & tumiskan lebihan bawang putih dalam periuk. Masukkan sayur-sayuran, sos itik (no 3) & mi yee. Masak selama 3 minit.