Mi Yee Claypot

Ramuan / Bahan

1 keping mi yee
Sedikit daging ayam
3 ekor udang
2 ekor sotong
1 biji telur
1 sudu kecil minyak bijan
2 ½ cawan stok ayam 1 tangkai sayur choy sam (dihiris)
½ batang lobak merah (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
2 biji bebola ikan (dihiris)
Daun bawang & cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan stok ayam dalam claypot. Apabila mendidih, celurkan ayam, sotong, choy sam, lobak merah, fish cake, bebola ikan, udang & garam. Keluarkan bahan-bahan ini dari claypot. Kemudian masukkan mi yee ke dalam claypot. Masukkan semula bahan-bahan yang dicelur tadi. Apabila mendidih, pecahkan telur & tutupkan claypot. Biarkan mendidih selama 3 minit. Ketika menghidang, masukkan minyak bijan, daun bawang & cili hiris. Angkat & hidangkan.