Mi Wantan Canton

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
2 keping mi wantan
1.5 liter minyak masak
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng & telur.

Bahan 2:
100 gm sotong
100 gm udang
100 gm kupang
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 kiub pati udang.

Bahan 3:
Sedikit lobak merah & kacang sepat
8 biji jagung muda
3 keping cendawan telinga Bahan 4:
1 liter air
1 kiub pati ikan bilis
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil kicap cair
Sedikit lada sulah, garam & minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak masak & goreng mi wantan
hingga kekuningan. Angkat & masukkan ke dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali & tumiskan bawang putih. Masukkan Bahan (2) & goreng selama 3 minit. Kemudian masukkan Bahan (3). Seterusnya masukkan Bahan (4). Apabila mendidih, masukkan telur & digaul sebati. Angkat & tuangkan ke atas mi wantan tadi.