Mi Wantan

Ramuan / Bahan

300 gm mi wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
1 mangkuk stok ayam
5 ulas bawang merah } ditumbuk
1 ulas bawang putih }
2 sudu kecil kicap air
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil sercuk lada sulah
sedikit minyak masak

Cara-cara

Mi wantan direbus dengan air panas hingga lembut
Angkat dan toskan
Dada ayam direbus dan disiat-siat
Sawi dicelur dengan air panas dan sedikit minyak masak
Panaskan minyak masak dalam kuali
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan dan serbuk lada sulah.
Masak hingga mendidih