Mi Wantan

Ramuan / Bahan

300 gm mi wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
2 sudu kecil kicap cair 2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit minyak masak

Cara-cara

Mi wantan direbus dengan air panas hingga lembut. Angkat & toskan. Dada ayam direbus & disiat-siatkan halus. Sawi dicelur dengan air panas & sedikit minyak masak. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan & serbuk lada sulah.
Masak hingga mendidih. Angkat & hidangkan.