Mi Tomyam

Ramuan / Bahan

150 gm mi kuning
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) 8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
Minyak masak

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.