Mi Tanjung Puteri

Ramuan / Bahan

500 gm mihun, direndam dan disejat
300 gm sawi, dikerat-kerat
300 gm tauge, dibersihkan
4 biji kentang, dihiris memanjang
3 tangkai cili merah, dihiris bulat
3 tangkai cili hijau, dihiris bulat
3 biji tomato, dipotong-potong
2 keping tauhu, dipotong kecil dan digoreng
4 camca sedang sos tomato
1 camca sedang kicap
1 cawan minyak untuk menumis Garam secukupnya
Sedikit air
20 tangkai cili kering, digiling
2 biji bawang besar, digiling
6 ulas bawang putih, digiling
Daging cincang goreng, ditabur
Daun sup dan daun bawang, ditabur
Hirisan katlet ikan, ditabur
Bawang goreng, ditabur
Limau kasturi, ditabur
2 biji telur, didadar nipis dan dihiris halus, ditabur

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan sedikit air, tomato, tauhu, sos tomato, kicap, garam, cili merah, cili hijau dan kentang. Kacau hingga rata. Masukkan tauge dan sawi. Kacau lagi baru dimasukkan mihun. Kacau hingga sebati baru diangkat. Letakkan mihun di dalam pinggan dan bubuh bahan-bahan tabur.