Mi Rebus Claypot

Ramuan / Bahan

200 gm mi kuning
5 gm tauge

Bahan sos:
50 gm keledek (direbus dan dikisar bersama sedikit air)
3 sudu besar udang kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar taucu
1 sudu kacang tanah
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar guka pasir
Garam
Serbuk perasa
½ cawan minyak masak untuk menumis Bahan hiasan:
2 biji telur (direbus)
2 biji limau kasturi
2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
1 sudu kecil kicap manis

Cara-cara

Tumis semua bahan sos. Celur mi dan tauge selama 1 minit. Angkat mi dan tauge yang telah dicelur dan masukkan ke dalam claypot. Tuangkan sos ke atas mi. Hiaskan semua bahan hiasan. Hidangkan.