Mi Rebus

Ramuan / Bahan

Bahan untuk kuah:

400 gm keledek (direbus empuk dan dilecek)
350 gm ubi kentang (direbus empuk dan dilecek)
50 gm kulit kayu manis
4 kumtum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 ikat daun sup (dipotong kecil)
1 peket rempah sup bunjut
1 liter air
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cawan minyak masak
Garam
Gula 600 gm mi kuning
100 gm tauge
100 gm sawi
5 keping tauhu (digoreng)
450 gm isi ayam (dicelur dan dihiris)
8 biji telur

Cara-cara

Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, daun sup, rempah bunjut dan air direbus bersama tulang ayam. Setelah itu, ketepikan airnya sahaja.

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan air rebusan ayam dan biar mendidih.

Masukkan keledek dan ubi kentang untuk memekatkan kuah.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Semasa menghidang, hias dengan daun bawang, bawang goreng dan cili merah.