Walnut Idaman

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
320 gm gula
2 biji telur
5 gm soda bikarbonat (baking soda), dibancuh dengan sedikit air 5 gm serbuk penaik
500 gm tepung
150 gm walnut, dicincang

Cara-cara

Putar mentega bersama gula hingga adunan kembang dan lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, serbuk penaik, tepung dan walnut. Putar lagi hingga adunan sebati dan lembut. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat. Lubangkan adunan biskut dengan jari. sapukan kuning telur di atas biskut sebelum dibakar. Bakar 15 minit pada suhu 180'c. Sejukkan dahulu sebelum disimpan.