Mi Prata

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
400 gm daging kisar
400 gm udang
200 gm tauge
200 gm sawi (dipotong)
1 biji bawang besar (dipotong)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu mayonis
1 biji tomato (dikisar)
6 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar serbuk kari
Garam & minyak masak Bahan 2:
400 gm tepung gandum
80 gm marjerin
Sedikit garam, gula & air

Cara-cara

Bancuhkan Bahan 2 hingga sebati. Uli hingga adunan kental. Perapkan selama 5 jam. Kemudian canaikan adunan ini setebal 1/4 inci. Letakkan dalam dulang yang telah digris & bahan bakar dalam ketuhar selama 10 minit. Keluarkan & dihiris memanjang nipis-nipis. Ketepikan. Tumiskan bawang besar hingga kekuningan. Keluarkan dari kuali. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar. Masukkan daging, serbuk kari, garam & air. Masak hingga daging lembut. Akhir sekali, masukkan mi prata, tauge, sawi, cili merah & udang. Goreng selama 5 minit.