Mi Mamak

Ramuan / Bahan

60 gm udang sederhana besar
60 gm perasa udang
70 gm mi kuning
20 gm sotong
5 gm bawang putih-dicincang
2 sudu besar cili merah
½ sudu besar air asam jawa
¾ sudu kecil gula
8 sudu kecil minyak masak 15 gm tauge dbuang ekornya
10 gm tauhu
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
Garam secukup rasa
5 gm salad
Sebiji limau kasturi

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan perasa udang, cili, gula dan air asam jawa. Biar sehingga 2 minit sehingga naik baunya. Masukkan tauhu, udang, sotong dan telur. Setelah masuk, campurkan mi, tauge, kicap cair dan kicap pekat. Biarkan sehingga masak sebelum dihias dengan potongan limau dan salad.